Kerjaya politik Tengku_Ahmad_Rithauddeen_Ismail

  • 1965, Mei (umur 33): Menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan sehingga 1990.
  • 1970 (umur 38): Menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.
  • 1972 (umur 40): Menjadi anggota Majlis Agung UMNO.
  • 1973 (umur 41): Menjadi Menteri Tugas Khas dalam Jabatan Perdana Menteri.
  • 1974, 5 September (umur 42): Menjadi Menteri Penerangan dan Tugas Khas.
  • 1975, 13 Ogos (umur 43): Menjadi Menteri Luar Negeri sehingga 16 Julai 1981.
  • 1976, Februari (umur 44): Menerima anugerah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.), dengan gelaran "Datuk".
  • 1981 (umur 49):
    • Menjadi Menteri Perdagangan dan Industri.
    • Menjadi Naib Presiden UMNO.
  • 1982 (umur 50): Menerima Anugerah Kelas Kedua Wisyah Al-Malek Abdul Aziz daripada Raja Khalid dari Arab Saudi.
  • 1984, 17 Julai (umur 52): Menjadi Menteri Hal-ehwal Luar Negeri sehingga 10 Ogos 1986.
  • 1987 (umur 55):
    • 20 Mei: Menjadi Menteri Pertahanan sehingga Oktober 1990.
    • Dipilih sebagai anggota Majlis Agung UMNO (Baru) dengan memperoleh undi yang keempat terbanyak.
  • 1989 (umur 57):
    • Menjadi pengerusi bersama Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand dengan Kasem Samosom Kasemsri, bekas Timbalan Menteri Thailand.
    • Menjadi naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
  • 1990 (umur 58): Menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan sehingga September 1993.
  • 1991 (umur 59):
    • April: Menjadi pengerusi Jawatankuasa Separa Profesional FAM.
    • 5 Jun: Menerima anugerah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong, dengan gelaran "Tan Sri".
  • 1992 (umur 60): Menjadi Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • 1993 (umur 61):
    • 11 September: Meletakkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan.
    • September: Menerima Pingat Penghargaan Perdana Menteri daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (FAO).
    • Menjadi Penashihat Kehormat Sepanjang Hayat kepada Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan.
  • 1999 (umur 67):
    • Ogos: Menjadi anggota Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II).
    • Menjadi penasihat kepada KPMG-Peat Marwick.
    • Menjadi Penasihat Undang-undang kepada Lee & Kee Securities.
    • Menjadi Penasihat Kehormat kepada Old Frees Association (OFA) sehingga 2001.
  • 2001 (umur 69):
    • Januari: Menjadi pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.
    • 1 April: Menjadi Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga 2004.
  • 2004 (umur 72): Menjadi pengerusi Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin.
  • 2005, 16 September (umur 73): Menerima Anugerah Duta Keamanan pada Hari Keamanan Dunia.

Berkaitan